Idola Kecil 5 . Klik Sini .

Hairul Idola Kecil 4 - Inilah Nasibku [Konsert 6]





Hairul Idola Kecil 4 - Inilah Nasibku [Konsert 6]








Lirik Lagu Inilah Nasibku
Penyanyi Asal : Nico


Aku Hairul nak cerita
Cerita rapper muda di kota
Umur muda mahu bercinta
Sampai hidupnya porak peranda

Siang malam menangis memekak
Sampai mata dah naik bengkak
Macam orang hilang isteri anak
Menyusahkan ibu dan bapak

Malasnya ke sekolah
Guru Besar sudah naik marah
Ini menambahkan masalah
Sudah ingat nak lari rumah

Minta duit nak beli buku
Kononnya nak baik dengan guru
Orang tua nya tak-tak tahu
Yang anaknya kaki penipu

Kenapa kamu, mengapa jadi begitu
Inilah nasib ku
Kenapa kamu, mengapa jadi begitu
Inilah nasib ku

Mulalah ingat nak seronok
Dah lama terasa kekok
Sebab dah pandai beli rokok
Sampai perangai tak dapat sorok

Hari hari makin gelisah
Sebab terjebak dengan dadah
Sehingga dirinya membawa padah
Sampai mak bapa dah naik susah

Makan minum tak menentu
Tiada siapa yang ambil tahu
Hidup macam batang kayu
Hanya diam duduk mem-membisu

Dengan berkat doa selalu
Hanya tuhan yang-yang tahu
Agar aku dapat restu
Untuk mulakan hidup yang baru

Kenapa kamu, mengapa jadi begitu
Inilah nasib ku
Kenapa kamu, mengapa jadi begitu
Inilah nasib ku

Cerita ini bukan tipu (Hei)
Cerita ini pernah berlaku
Ini nasihat aku bagitahu
Agar kamu tahu satu per satu

Inilah kisah kehidupan
Janganlah kita sia sia kan
Cerita ini jadikan tauladan
Inilah hanya satu peringatan



.