Idola Kecil 5 . Klik Sini .

Senarai 12 Peserta Idola Kecil 4





idola kecil 4 TV9

Akhirnya seramai 12 orang peserta terpilih untuk menyertai program realiti kanak-kanak no.1 di Malaysia iaitu Idola Kecil yang kini sudahpun memasuki musim ke-4..
Rancangan Idola Kecil 4 ini bertujuan untuk mencungkil bakat kanak-kanak berumur 9 – 12 tahun dalam bidang nyanyian, lakonan dan juga kebolehan untuk bermain alat muzik. Mereka akan berentap bagi merebut gelaran Juara Idola Kecil kali ini. Mereka yang terpilih adalah seramai 12 peserta yang berbakat besar. Mereka adalah Haikal (10 tahun), Hairul (12 tahun), Irfan (10 tahun), Syafiq (10 tahun), Irish (12 tahun), Abby (12 tahun), Nina (12 tahun), Leen (11 tahun), Shasha (11 tahun), Fifa (12 tahun), Rusil (11 tahun) dan juga seorang peserta cilik yang berusia 8 tahun, iaitu Trisyia , sekaligus melakar sejarah sebagai peserta termuda dalam pertandingan Idola Kecil musim yang ke 4 ini.
Idola Kecil 4 ini di hoskan oleh Alif Satar “Lelaki Seperti Aku”, yang telah selama tiga musim berturut-turut mengacarakannya (sejak Idola Kecil 2). Dan juga menampilkan penyanyi dan penulis lirik, iaitu Atilia Haron yang menggalas tanggungjawab sebagai Penasihat Persembahan untuk Idola Kecil musim ke 4 ini.
Tenaga Pengajar dalam rancangan realiti kanak-kanak ini adalah cikgu Alfa Booty, cikgu Delly dan juga cikgu Affizal.
Siapakah di antara 12 peserta cilik ini yang bakal mengikut jejak langkah Wada, Dayana dan Harris yang bergelar juara Idola Kecil musim-musim sebelum ini? Jangan lupa saksikan Idola Kecil 4 pada setiap hari Sabtu pada pukul 9 malam bermula 5hb. November 2011.
peserta idola kecil 4

Senarai 12 Peserta Idola Kecil 4


1. Irfan Haris B Othman - Irfan (10)
2. Nurshazleen Natasha Bt Jamaluddin - Leen (11)
3. Mohd Syafiqri B Kaharudin - Syafiq (10)
4. Noor Aina Batrisyia Bt Azman - Trisyia (8)
5. Ahmad Marzuki B Nordin - Haikal (10)
6. Sharifah Rusilmu Imani Bt Syed Hussain - Rusil (11)
7. Farisha Bt Asmadi - Irish (12)
8. Hairul Asri B Alis Sjofjan - Hairul (12)
9. Sharifah Nurhafifa Bt Wan Aziz - Fifa (12)
10. Nabihah Bt Idrus - Abby (12)
11. Sarah Elyssa Bt Khairul Fahmy - Shasha (11)
12. Nurfazlina Bt Ramlan - Nina (12)