Showing posts with label HAIRUL. Show all posts
Showing posts with label HAIRUL. Show all posts
Peserta Idola Kecil 4 Separuh Akhir - Fantasia Bulan Madu [Konsert 7]
Peserta Idola Kecil 4 Separuh Akhir - Fantasia Bulan Madu [Konsert 7]
Penyanyi Asal : Search
Demi cintaku pada mu
Ke mana pun kan ku bawa
Ku hujung dunia ke bintang
Kejora
Demi cintaku padamu
Ku korbankan jiwa dan raga
Biar pun harus ku telan
Lautan bara
Bulan madu di awan biru
Tiada yang menggangu
Bulan madu di atas pelangi
Hanya kita berdua
Mengecap nikmat cinta
Yang putih tak terbanding
Sesuci embun pagi
Andai dipisah
Laut dan pantai
Musnahlah ilham
Hilang pedoman
Andai dipisah
Cahaya dan bulan
Gelap gelita
Musnah asmara
Bulan madu di awan biru
Tiada yang menggangu
Bulan madu di atas pelangi
Hanya kita berdua
Mengecap nikmat cinta
Yang putih tak terbanding
Sesuci embun pagi
Andai dipisah
Laut dan pantai
Musnahlah ilham
Hilang pedoman
Andai dipisah
Cahaya dan bulan
Gelap gelita
Musnah asmara
.
Senarai 12 Peserta Idola Kecil 4

Akhirnya seramai 12 orang peserta terpilih untuk menyertai program realiti kanak-kanak no.1 di Malaysia iaitu Idola Kecil yang kini sudahpun memasuki musim ke-4..
Rancangan Idola Kecil 4 ini bertujuan untuk mencungkil bakat kanak-kanak berumur 9 – 12 tahun dalam bidang nyanyian, lakonan dan juga kebolehan untuk bermain alat muzik. Mereka akan berentap bagi merebut gelaran Juara Idola Kecil kali ini. Mereka yang terpilih adalah seramai 12 peserta yang berbakat besar. Mereka adalah Haikal (10 tahun), Hairul (12 tahun), Irfan (10 tahun), Syafiq (10 tahun), Irish (12 tahun), Abby (12 tahun), Nina (12 tahun), Leen (11 tahun), Shasha (11 tahun), Fifa (12 tahun), Rusil (11 tahun) dan juga seorang peserta cilik yang berusia 8 tahun, iaitu Trisyia , sekaligus melakar sejarah sebagai peserta termuda dalam pertandingan Idola Kecil musim yang ke 4 ini.
Idola Kecil 4 ini di hoskan oleh Alif Satar “Lelaki Seperti Aku”, yang telah selama tiga musim berturut-turut mengacarakannya (sejak Idola Kecil 2). Dan juga menampilkan penyanyi dan penulis lirik, iaitu Atilia Haron yang menggalas tanggungjawab sebagai Penasihat Persembahan untuk Idola Kecil musim ke 4 ini.
Tenaga Pengajar dalam rancangan realiti kanak-kanak ini adalah cikgu Alfa Booty, cikgu Delly dan juga cikgu Affizal.
Siapakah di antara 12 peserta cilik ini yang bakal mengikut jejak langkah Wada, Dayana dan Harris yang bergelar juara Idola Kecil musim-musim sebelum ini? Jangan lupa saksikan Idola Kecil 4 pada setiap hari Sabtu pada pukul 9 malam bermula 5hb. November 2011.

Senarai 12 Peserta Idola Kecil 4
1. Irfan Haris B Othman - Irfan (10)
2. Nurshazleen Natasha Bt Jamaluddin - Leen (11)
3. Mohd Syafiqri B Kaharudin - Syafiq (10)
4. Noor Aina Batrisyia Bt Azman - Trisyia (8)
5. Ahmad Marzuki B Nordin - Haikal (10)
6. Sharifah Rusilmu Imani Bt Syed Hussain - Rusil (11)
7. Farisha Bt Asmadi - Irish (12)
8. Hairul Asri B Alis Sjofjan - Hairul (12)
9. Sharifah Nurhafifa Bt Wan Aziz - Fifa (12)
10. Nabihah Bt Idrus - Abby (12)
11. Sarah Elyssa Bt Khairul Fahmy - Shasha (11)
12. Nurfazlina Bt Ramlan - Nina (12)
Subscribe to:
Posts (Atom)
















